Puding Roti

Bahan-bahan :

10 keping roti
1 liter susu segar
10 sudu besar gula
1 kotak kecil kismis
2 biji telur
sedikit esen vanilla

Cara-cara :

1. Campurkan susu, gula, telur dan esen vanilla. Kacau rata
2. Susun roti yang telah di potong kecil ke dalam loyang, taburkan kismis, tuangkan adunan dan biarkan roti menyerap
3. Bakar pada suhu 160 darjah sehingga keperangan (lebih kurang 40 minit)
4. Siap untuk dihidangkan

tip ijan : sedap di makan panas-panas dan sesuai untuk minum petang. Kalau suka kismis, boleh taburkan lebih......ikut citarasa sendiri je.....

0 comments:

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP