Pengat Labu

Bahan-bahan :

1/2 kilo labu {dipotong kecil}
100 gm gula kabung/gula melaka
40 gm gula
2 helai daun pandan
2 cawan santan pekat
Garam
Air

Cara-cara :

1. Tuangkan sedikit air ke dalam periuk, masukkan gula melaka dan kacau perlahan di atas api.
2. Masukkan labu, gula dan daun pandan dan masak hingga mendidih.
3. Masukkan santan dan kacau perlahan.
4. Perasakan dengan garam dan gula.
5. Siap untuk dihidangkan.

tip ijan : kalau tak ada gula kabung/gula melaka boleh juga gunakan gula merah tapi pastikan ditapis dulu sbb gula merah ni banyak benda asing seperti batu dan pasir.....

0 comments:

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP