Showing posts with label ikan. Show all posts
Showing posts with label ikan. Show all posts

Bawal Sweet Sour



Bahan-bahan :

1 ekor bawal
2 biji bawang besar [1 dikisar, 1 di potong bulat]
3 ulas bawang putih [dikisar]
5 cm halia [dikisar]
1 biji cili merah [dikisar]
1 biji tomato [dipotong dadu]
1 sudu kicap manis
1 sudu sos cili
Daun sup
Garam
Minyak

Cara-cara :

1. Goreng bawal yang digaul dengan garam dan kunyit sehingga garing, ketepikan.
2. Tumis bahan-bahan dikisar hingga naik bau, masukkan kicap, sos cili, bawang dan tomato.
3. Masukkan air ikut citarasa, biarkan mendidih.
4. Perasakan dengan garam, tutup api masukkan sedikit daun sup.
5. Tuangkan sos ke atas ikan yang telah digoreng tadi.
6. Sedia untuk dihidangkan.

tip ijan : bagi yang menyukai nenas, boleh lah dimasukkan sedikit ke dalam sos, ini memberikan rasa masam manis yang lebih melazatkan....cukup mudah!!!..Sekiranya anda menyukai sos yang lebih  pekat, masukkan 1 sudu tepung jagung  yang telah dibancuh dengan sedikit air...mudah bukan??

Read more...

Bawal Masak Kari Ala Pantai Timur





Bahan-bahan :

1 ekor ikan bawal sederhana besar
1 paket rempah kari ikan
1 biji bawang besar [dihiris]
2 ulas bawang putih [dihiris]
3 helai daun kari
8 biji kacang bendi
2 biji cili hijau
1 biji tomato
1 cawan santan
Jus asam jawa
Minyak
Garam

Cara-cara :

1. Tumis bawang besar, bawang putih dan daun kari hingga naik bau dan garing.
2. Masukkan rempah kari yang telah dijadikan pes. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan santan, kacang bendi dan cili hijau, kacau perlahan hingga mendidih. Masukkan ikan dan kacau perlahan.
4.  Masukkan tomato dan jus asam jawa.
5. Perasakan dengan garam.
6. Siap untuk dihidangkan.

tip ijan : setelah masukkan santan, kuah perlu dikacau perlahan untuk elakkannya pecah minyak. Bagi yang menggemari halba campur, boleh lah ditumiskan sedikit bersama-sama bahan-bahan  tumisan. Bawal masak kari enak dimakan bersama ayam atau apa-apa ikan yang digoreng garing beserta dengan kicap manis...emm...resepi yang mudah dan lazat!!




Read more...

Masak Lemak Ikan Keli dan Belimbing Besi

Bahan-bahan :

2 ekor ikan keli
5 biji belimbing besi {dibelah dua}
2 cawan santan pekat
10 biji cili api {ditumbuk}
5 ulas bawang merah {ditumbuk}
1 cm kunyit hidup {ditumbuk}
Garam

Cara-cara :

1. Masukkan kesemua bahan dalam periuk, masak hingga mendidih.
2. Perasakan dengan garam.
3. Sedia untuk dihidangkan.

tip ijan : boleh juga masukkan petai bagi yang sukakannya.....fuh!! terangkat!!

Read more...

Gulai Tempoyak Ikan Patin

Bahan-bahan :

1 ekor ikan patin
3 sudu besar tempoyak
10 biji cili api {ditumbuk}
3 ulas bawang kecil {ditumbuk}
10 helai daun kesom
1 kuntum bunga kantan
Garam
Air secukupnya


Cara-cara :

1. Masukkan semua bahan kecuali ikan ke dalam periuk. Biarkan hingga mendidih.
2. Masukkan ikan dan kacau perlahan hingga masak. Perasakan dengan garam.
3. Siap untuk dihidangkan.


Tip ijan : gunakan ikan patin segar yang di cuci dengan air limau kasturi untuk hilangkan hanyirnya. Sekiranya tempoyak yang digunakan kurang masam, tambahkan dengan sekeping asam keping, pasti sedap punye..........

Read more...

Ikan Kerisi Bersos Cili

Bahan-bahan :

4 ekor ikan kerisi bersaiz sederhana
2 biji bawang besar {dihiris bulat}
3 ulas bawang putih {di cincang halus}
2 biji cili merah {dicincang halus}
3 sudu sos cili
1 sudu kicap manis
Garam dan serbuk kunyit
Minyak

Cara-cara :

1. Ikan digaulkan dengan garam dan kunyit. Goreng garing, ketepikan.
2. Tumis bawang putih dan cili hingga naik bau, masukkan bawang besar dan goreng garing.
3. Masukkan sos cili dan kicap, masukkan sedikit air. Apabila sos mendidih dan pekat (ikut suka kepekatannya...), tuangkan ke atas ikan tadi
4. Siap untuk dihidangkan.


tip ijan : tak perlu masukkan garam dan gula kalau dah masukkan kicap, ijan suka gunakan kicap manis kipas udang...nak cantik, hiaskan dengan cili merah dan tomato yang di hiris nipis....baru nampak cantik dan sedap...nak cantik lagi taburkan juga daun bawang dan daup sup..psst..mudahkan memasak ni???

Read more...

Ikan Bawal Goreng Berlada


Bahan-Bahan :

Bahan A

1 ekor ikan bawal {boleh gantikan dengan ikan kerisi, kerapu, siakap, etc}
sedikit garam dan kunyit
minyak {untuk menggoreng}


Bahan B

10 biji cili padi {dikisar}
2 biji cili merah {dikisar}
5 ulas bawang merah {dimayang halus}
2 keping asam keping
Garam dan gula
Perasa

Cara-cara :

1. Gaulkan ikan bersama garam dan kunyit. Goreng garing dan ketepikan
2. Panaskan minyak, tumis bahan B hingga garing
3. Perasakan dengan garam, gula dan perasa
4. Tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng
5. Sedia untuk dihidangkan

tip ijan : untuk hilangkan bau ikan, cuci bersih dan gunakan sedikit perahan air limau kasturi atau limau nipis sebelum cucian akhir....ikan, ayam, udang, sotong dan yang sewaktu dengannya bukan saja berbau harum tapi segar je......masakan pasti bertambah sedap.......cuba la.....

Read more...

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP