Bawal Masak Kari Ala Pantai Timur
Bahan-bahan :
1 ekor ikan bawal sederhana besar
1 paket rempah kari ikan
1 biji bawang besar [dihiris]
2 ulas bawang putih [dihiris]
3 helai daun kari
8 biji kacang bendi
2 biji cili hijau
1 biji tomato
1 cawan santan
Jus asam jawa
Minyak
Garam
Cara-cara :
1. Tumis bawang besar, bawang putih dan daun kari hingga naik bau dan garing.
2. Masukkan rempah kari yang telah dijadikan pes. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan santan, kacang bendi dan cili hijau, kacau perlahan hingga mendidih. Masukkan ikan dan kacau perlahan.
4. Masukkan tomato dan jus asam jawa.
5. Perasakan dengan garam.
6. Siap untuk dihidangkan.
tip ijan : setelah masukkan santan, kuah perlu dikacau perlahan untuk elakkannya pecah minyak. Bagi yang menggemari halba campur, boleh lah ditumiskan sedikit bersama-sama bahan-bahan tumisan. Bawal masak kari enak dimakan bersama ayam atau apa-apa ikan yang digoreng garing beserta dengan kicap manis...emm...resepi yang mudah dan lazat!!
0 comments:
Post a Comment