Showing posts with label sayur. Show all posts
Showing posts with label sayur. Show all posts

Masak Lemak Putih Sayur Manis dan Keledek

Bahan-bahan :

1 ikat sayur manis
2 biji keledek {dipotong kecil}
2 cawan santan pekat
1 biji bawang besar {dihiris}
2 ulas bawang putih {dihiris}
1 biji cili merah {dihiris}
5 ekor ikan bilis sederhana besar
Garam

Cara-cara :

1. Masukkan keledek bersama santan ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
2. Masukkan cili merah, bawang putih, bawang besar, ikan bilis dan sayur manis. Perasakan dengan garam.
3. Kacau seketika dan siap untuk dihidangkan.

tip ijan : masak lemak putih sedap dimakan dengan sambal ikan bilis gesek....tunggukan resepinya ya......

Read more...

Kerabu Jantung Pisang

Bahan-bahan :

1 biji jantung pisang {dihiris nipis dan direbus}
1 ekor ikan {direbus}
5 biji cili api
2 biji bawang merah
2 batang serai
3 biji limau kasturi
5 sudu makan kelapa parut
3 sudu makan kerisik
1 cm belacan
Garam dan gula
Perasa

Cara-cara :

1. Cili, bawang, serai, kelapa,belacan dan ikan hendaklah ditumbuk hingga hancur dan gaul rata.
2. Masukkan jantung pisang, kerisik dan jus limau kasturi.
3. Perasakan dengan garam, gula dan sedikit perasa.
4. Siap untuk dihidangkan.

tip ijan : rebus ikan dengan sedikit garam dan asam keping untuk rasa yang lebih enak, lagi banyak ikan lagi sedap....

Read more...

Gulai Lemak Pisang Muda

Bahan-bahan :


1 sikat pisang muda (boleh guna pisang emas) {dipotong kecil}
5 ulas bwg merah {ditumbuk}
1 ulas bwg putih {ditumbuk}
15 biji cili padi {ditumbuk}
1 cm kunyit hidup {ditumbuk}
10 ekor ikan bilis sederhana besar
1 btg serai {dititik}
2 cawan santan pekat
Garam
Air secukupnya
1 keping asam keping

Cara-cara :


1. Masukkan pisang, santan, serai, ikan bilis dan bahan-bahan yang ditumbuk ke dalam periuk dan biarkan hingga mendidih.
2. Perasakan dengan garam dan asam.
3. Masak hingga pisang empuk.
4. Siap untuk dihidangkan.

tip ijan : memasak gulai pisang, keledek, labu dan yang sewaktu dengannya hendaklah menggunakan santan yang pekat dan air yang cukup kerana ianya akan menyerap lebih air, jadi pastikan kalian melebihkan paras air yang digunakan untuk dapatkan kuahnya.....

Read more...

Gulai Tempoyak Pucuk Ubi & Petai

Bahan-bahan :

Secekak pucuk ubi {dihiris nipis}
5 helai daun kunyit {dihiris nipis}
3 batang serai {dihiris nipis}
5 biji bawang merah {dimayang}
4 sudu besar tempoyak
10 biji cili padi {dikisar}
4 keping petai
2 cawan santan pekat
10 ekor ikan bilis saiz kecil
1 cm kunyit hidup
garam dan gula


Cara-cara :

1. Masukkan tempoyak, santan, cili padi, kunyit hidup, bawang, ikan bilis dan petai ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana
2. Masukkan pucuk ubi, serai dan daun kunyit. Kacau perlahan
3. Perasakan dengan garam dan gula
4. Siap untuk dihidangkan

tip ijan : bagi yang tidak menyukai petai, tak perlulah masukkannya....ikut suka je.....kalau yang hantu petai macam ijan...masukkan aje lebih-lebih......

Read more...

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP