Showing posts with label ayam. Show all posts
Showing posts with label ayam. Show all posts

Tomyam "mudah dan lazat"



Bahan-bahan :

500 gm ayam [dipotong kecil]
3 paket pes tomyam
1 batang carrot
1 batang saderi
1 paket cendawan
Sedikit jagung muda
Sedikit bunga kobis
2 biji tomato
5 batang serai [diketuk]
5 helai daun limau purut
2 biji bawang besar [dipotong bulat]
5 biji cili api
Jus limau kasturi
Garam
Air secukupnya

Cara-cara :

1. Masukkan ayam yang dipotong kecil ke dalam periuk bersama-sama bawang, serai dan sedikit air. Tutup periuk dan biarkan di atas api sederhana sehingga mendidih.
2. Masukkan semua sayur-sayuran, daun limau purut, pes tomyam, cili, jus limau kasturi dan air secukupnya. Biarkan hingga masak. Masukkan tomato.
3. Perasakan dengan garam.
4. Sedia untuk dihidangkan.

tip ijan : bagi yang menyukai tomyam campur, masukkan saja udang, sotong dan sedikit daging ke dalamnya....tapi ini akan memberikan rasa yang berlainan....begitu juga dengan sayur-sayuran....boleh tambah dan kurangkan ikut citarasa masing-masing...apa kata anda cuba masukkan sedikit kubis, sedap tau!!!

Read more...

Ayam Percik

Bahan-bahan :

1/2 ekor ayam
15 biji cili kering {dikisar}
10 biji bawang merah {dikisar}
5 ulas bawang putih {dikisar}
2 cm halia {dikisar}
1 cm belacan {dikisar}
2 cawan santan pekat
Jus asam jawa
Garam dan gula
2 sudu besar minyak

Cara-cara :

1. Lumurkan ayam dengan bahan--bahan yang dikisar, minyak, garam dan gula. Perap sekurang-kurangnya sejam.
2. Masukkan lebihan bahan perapan, santan dan jus asam jawa ke dalam periuk dan masak di atas api perlahan. Biarkan mereneh.
3. Masukkan ayam yang diperap tadi dan masak lebih kurang 3 minit. Angkat dan panggang di dalam oven pada suhu 150 darjah selama 20 minit.
4. Sapukan ayam dengan kuah yang mereneh tadi berulang kali untuk dapatkan aroma dan rasa yang secukupnya.
5. Siap untuk dihidangkan.

tip ijan : bagi yang sukakan rempah ratus boleh juga campurkan jintan putih, jintan manis dan ketumbar ke dalam bahan perapan.....ianya memberikan kelainan rasa dan aroma yang membangkitkan selera...emmm.....sedapnya.....jom masak!!!!!!!!



Read more...

Ayam Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahan :

1 ekor ayam (dipotong kecil)
2 biji bawang besar (dihiris nipis)
2 batang serai (diketuk)
1 cm halia (dihiris nipis)
1 cm lengkuas (dihiris nipis)
2 helai daun kunyit ( dicarik)
3 cawan santan pekat
10 biji cili padi ( dikisar)
1 cm kunyit hidup (dikisar)
2 keping asam keping
garam dan gula


Cara-cara :

1. Masukkan ayam dan sedikit air ke dalam periuk dan gaul rata bersama cili padi, kunyit hidup, bawang, halia, lengkuas, serai dan daun kunyit
2. Masak dengan api sederhana sehingga ayam setengah masak
3. Masukkan santan dan asam keping, kacau perlahan supaya santan tak pecah minyak. Tambahkan air sekiranya terlalu pekat
4.Perasakan dengan garam dan gula seenak rasa
5.Biarkan sehingga mendidih
6. Siap untuk dihidangkan

tip ijan : kalau guna ayam kampung.....wow...lagi sedap!!!!!!!!!!!!! tapi kena lah rebus lama sikit...kalau tak....tercampak gigi..hi..hi..hi....

Read more...

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP