Showing posts with label sambal tumis. Show all posts
Showing posts with label sambal tumis. Show all posts

Sambal Tumis Sotong Kembang



Bahan-bahan :

Seekor sotong kembang
10 biji cili kering {dikisar}
2 biji bawang besar {dikisar}
4 ulas bawang putih {dikisar}
1 cm belacan {dikisar}
asam jawa
garam
gula
perasa
5 sudu minyak

Cara-cara :

1. Tumiskan bahan-bahan yg dikisar sehingga harum dan pecah minyak.
2. Masukkan sotong kembang, air asam jawa, garam, gula dan perasa. Kacau rata sehingga mendidih.
3. Biarkan sehingga kuah pekat.
4. Siap untuk dihidangkan.

tip ijan : kepekatan sambal ikut citarasa masing-masing.....psst...ijan suka gunakan jus asam jawa adabi....senang dan sedap........

Read more...

Sambal Tumis Ikan Bilis dan Petai

Bahan-bahan :

5 keping petai
10 biji cili kering {dikisai}
2 biji bawang besar {dikisar}
4 ulas bawang putih {dikisar}
1 cm belacan {dikisar}
100 gm ikan bilis
asam jawa
garam
gula
perasa
5 sudu besar minyak

Cara-cara :

1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. Ketepikan.
2. Tumis bahan-bahan yg dikisar hingga berbau harum dan pecah minyak.
3. Masukkan petai, jus asam jawa, garam, gula dan perasa. Kacau rata hingga mendidih.
4. Masukkan ikan bilis tadi.
5. Siap untuk dihidangkan.

tip ijan : petai jangan terlalu masak, biarkannya sedang-sedang je....semasa menumis, kalau kurang minyak tambahkan sikit..jangan banyak sangat tak elok untuk kesihatan...ingat tu!!!!!

Read more...

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP