Udang Masak Kari
Bahan-bahan :
500 gm udang sederhana besar
secekak kacang buncis/kacang panjang
1/2 cawan santan pekat
1 paket serbuk kari
2 biji bawang besar [dihiris]
3 ulas bawang putih [dihiris]
5 cm halia [diracik]
Jus asam jawa
Garam
Perasa
2 camca minyak
Air secukupnya
Cara-caranya :
1. Bersihkan udang, potong kacang buncis, ketepikan
2. Tumis bawang besar, bawang putih, halia hingga naik bau dan garing. Masukkan rempah kari yang telah dijadikan pes dan tumis lagi hingga pecah minyak.
3. Masukkan udang, kacang buncis, santan dan jus asam jawa. Masukkan air secukupnya, biarkan hingga mendidih.
4. Perasakan dengan garam dan perasa.
5. Sedia untuk dihidangkan.
tip ijan : pastikan rempah kari dan bahan tumisan ditumis hingga pecah minyak, bagi yang sukakan pedas boleh tambahkan sedikit cili kering yang telah dikisar....mudah kan??? Jom masak....
0 comments:
Post a Comment