Showing posts with label gulai. Show all posts
Showing posts with label gulai. Show all posts

Udang Masak Kari



Bahan-bahan :

500 gm udang sederhana besar
secekak kacang buncis/kacang panjang
1/2 cawan santan pekat
1 paket serbuk kari
2 biji bawang besar [dihiris]
3 ulas bawang putih  [dihiris]
5 cm halia [diracik]
Jus asam jawa
Garam
Perasa
2 camca minyak
Air secukupnya

Cara-caranya :

1. Bersihkan udang, potong kacang buncis, ketepikan
2. Tumis bawang besar, bawang putih, halia hingga naik bau dan garing. Masukkan rempah kari yang telah dijadikan pes dan tumis lagi hingga pecah minyak.
3. Masukkan udang, kacang buncis, santan dan jus asam jawa. Masukkan air secukupnya, biarkan hingga mendidih.
4. Perasakan dengan garam dan perasa.
5. Sedia untuk dihidangkan.

tip ijan : pastikan rempah kari dan bahan tumisan ditumis hingga pecah minyak, bagi yang sukakan pedas boleh tambahkan sedikit cili kering yang telah dikisar....mudah kan??? Jom masak....

Read more...

Bawal Masak Kari Ala Pantai Timur





Bahan-bahan :

1 ekor ikan bawal sederhana besar
1 paket rempah kari ikan
1 biji bawang besar [dihiris]
2 ulas bawang putih [dihiris]
3 helai daun kari
8 biji kacang bendi
2 biji cili hijau
1 biji tomato
1 cawan santan
Jus asam jawa
Minyak
Garam

Cara-cara :

1. Tumis bawang besar, bawang putih dan daun kari hingga naik bau dan garing.
2. Masukkan rempah kari yang telah dijadikan pes. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan santan, kacang bendi dan cili hijau, kacau perlahan hingga mendidih. Masukkan ikan dan kacau perlahan.
4.  Masukkan tomato dan jus asam jawa.
5. Perasakan dengan garam.
6. Siap untuk dihidangkan.

tip ijan : setelah masukkan santan, kuah perlu dikacau perlahan untuk elakkannya pecah minyak. Bagi yang menggemari halba campur, boleh lah ditumiskan sedikit bersama-sama bahan-bahan  tumisan. Bawal masak kari enak dimakan bersama ayam atau apa-apa ikan yang digoreng garing beserta dengan kicap manis...emm...resepi yang mudah dan lazat!!




Read more...

Gulai Lemak Siput Sedut

Bahan-bahan :

1 kilo siput sedut {potong ekornya}
1/2 kilo keledek
2 cawan santan pekat
10 biji cili api {ditumbuk}
4 biji bawang kecil {ditumbuk}
1 cm kunyit hidup {ditumbuk}
2 keping asam keping
Garam

Cara-cara :

1. Siput hendaklah direndam seketika dengan sesudu garam halus. Toskan.
2. Masukkan santan, keledek dan bahan-bahan yang ditumbuk ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.
3. Masukkan siput sedut dan biarkan hingga ia benar-benar masak.
4. Perasakan dengan garam dan asam.
5. Sedia untuk dihidangkan.

tip ijan : siput seeloknya direndam semalaman untuk keluarkan lendirnya, keledek boleh juga digantikan dengan keladi..

Read more...

Masak Lemak Ikan Keli dan Belimbing Besi

Bahan-bahan :

2 ekor ikan keli
5 biji belimbing besi {dibelah dua}
2 cawan santan pekat
10 biji cili api {ditumbuk}
5 ulas bawang merah {ditumbuk}
1 cm kunyit hidup {ditumbuk}
Garam

Cara-cara :

1. Masukkan kesemua bahan dalam periuk, masak hingga mendidih.
2. Perasakan dengan garam.
3. Sedia untuk dihidangkan.

tip ijan : boleh juga masukkan petai bagi yang sukakannya.....fuh!! terangkat!!

Read more...

Masak Lemak Putih Sayur Manis dan Keledek

Bahan-bahan :

1 ikat sayur manis
2 biji keledek {dipotong kecil}
2 cawan santan pekat
1 biji bawang besar {dihiris}
2 ulas bawang putih {dihiris}
1 biji cili merah {dihiris}
5 ekor ikan bilis sederhana besar
Garam

Cara-cara :

1. Masukkan keledek bersama santan ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
2. Masukkan cili merah, bawang putih, bawang besar, ikan bilis dan sayur manis. Perasakan dengan garam.
3. Kacau seketika dan siap untuk dihidangkan.

tip ijan : masak lemak putih sedap dimakan dengan sambal ikan bilis gesek....tunggukan resepinya ya......

Read more...

Gulai Tempoyak Ikan Patin

Bahan-bahan :

1 ekor ikan patin
3 sudu besar tempoyak
10 biji cili api {ditumbuk}
3 ulas bawang kecil {ditumbuk}
10 helai daun kesom
1 kuntum bunga kantan
Garam
Air secukupnya


Cara-cara :

1. Masukkan semua bahan kecuali ikan ke dalam periuk. Biarkan hingga mendidih.
2. Masukkan ikan dan kacau perlahan hingga masak. Perasakan dengan garam.
3. Siap untuk dihidangkan.


Tip ijan : gunakan ikan patin segar yang di cuci dengan air limau kasturi untuk hilangkan hanyirnya. Sekiranya tempoyak yang digunakan kurang masam, tambahkan dengan sekeping asam keping, pasti sedap punye..........

Read more...

Gulai Lemak Pisang Muda

Bahan-bahan :


1 sikat pisang muda (boleh guna pisang emas) {dipotong kecil}
5 ulas bwg merah {ditumbuk}
1 ulas bwg putih {ditumbuk}
15 biji cili padi {ditumbuk}
1 cm kunyit hidup {ditumbuk}
10 ekor ikan bilis sederhana besar
1 btg serai {dititik}
2 cawan santan pekat
Garam
Air secukupnya
1 keping asam keping

Cara-cara :


1. Masukkan pisang, santan, serai, ikan bilis dan bahan-bahan yang ditumbuk ke dalam periuk dan biarkan hingga mendidih.
2. Perasakan dengan garam dan asam.
3. Masak hingga pisang empuk.
4. Siap untuk dihidangkan.

tip ijan : memasak gulai pisang, keledek, labu dan yang sewaktu dengannya hendaklah menggunakan santan yang pekat dan air yang cukup kerana ianya akan menyerap lebih air, jadi pastikan kalian melebihkan paras air yang digunakan untuk dapatkan kuahnya.....

Read more...

Gulai Tempoyak Pucuk Ubi & Petai

Bahan-bahan :

Secekak pucuk ubi {dihiris nipis}
5 helai daun kunyit {dihiris nipis}
3 batang serai {dihiris nipis}
5 biji bawang merah {dimayang}
4 sudu besar tempoyak
10 biji cili padi {dikisar}
4 keping petai
2 cawan santan pekat
10 ekor ikan bilis saiz kecil
1 cm kunyit hidup
garam dan gula


Cara-cara :

1. Masukkan tempoyak, santan, cili padi, kunyit hidup, bawang, ikan bilis dan petai ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana
2. Masukkan pucuk ubi, serai dan daun kunyit. Kacau perlahan
3. Perasakan dengan garam dan gula
4. Siap untuk dihidangkan

tip ijan : bagi yang tidak menyukai petai, tak perlulah masukkannya....ikut suka je.....kalau yang hantu petai macam ijan...masukkan aje lebih-lebih......

Read more...

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP