Sup Tulang Rusuk

Bahan-bahan :

2 kg tulang rusuk
3 sudu makan rempah sup
3 bungkus sup bunjut tulang
1 biji bawang besar {ditumbuk}
5 biji bawang merah {ditumbuk}
5 ulas bawang putih {ditumbuk}
2 cm halia {dihiris nipis}
2 cm lengkuas {dihiris nipis}
3 biji tomato
Garam dan perasa
Daun bawang dan daun sup
Bawang goreng
Minyak untuk menumis

Cara-cara :

1. Rebus tulang dengan api perlahan sehingga mendidih. Masukkan sup bunjut tulang, halia dan lengkuas. Biarkan sehingga lembut dagingnya.
2. Sementara menunggu daging lembut, tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk sehingga garing dan masukkan rempah sup. Tumis lagi sehingga naik bau.
3. Masukkan bahan-bahan yang ditumis ke dalam periuk yang mengandungi tulang.
4. Masukkan tomato. Perasakan dengan garam dan perasa.
5. Siap untuk dihidangkan semasa panas. Taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.

tip ijan : dalam bungkusan sup bunjut tulang (ijan gunakan brand Adabi), ada disertakan dengan bahan tumisan (kulit kayu manis, pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang). Tumiskan bahan-bahan ini bersama-sama dengan bahan tumisan yang lain.
Sup tulang ini sedap dimakan dengan bihun beserta sambal kicap ataupun sambal cili boh. Nanti ijan sertakan sekali resepi mudahnya, pasti best.....

0 comments:

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP