Macaroni Malay Style

Bahan-bahan :

300 gm macaroni
1 mangkuk sayur campur
1 mangkuk daging yang dicincang
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu makan sos cili
3 sudu makan sos tomato
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap manis
Garam dan perasa
Minyak

Cara-cara :

1. Rebus macaroni dalam air yang dicampurkan dengan sedikit minyak hingga lembut. Toskan.
2. Tumis bawang merah dan putih hingga wangi. Masukkan daging yang dicincang dengan sedikit air dan biarkan sehingga mendidih.
3. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap dan sayur campur. Kacau seketika.
4. Masukkan macaroni, garam dan perasa.
5. Sedia untuk dihidangkan.

tip ijan : jangan gunakan air yang terlalu banyak semasa merebus daging kerana air daging akan keluar dengan sendirinya...

0 comments:

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP